Saturday, August 28, 2010

KESIMPULAN

    Jiwa remaja yang penuh dengan kemahuan dan kekeliruan di zaman peralihan dan perkembangan remaja memerlukan perhatian yang khusus oleh ibu bapa. Para remaja perlu diberi bimbingan dan pendidikan agama yang mencukupi di peringkat awal agar nilai-nilai murni yang mendalam dapat membantu remaja mengelak daripada perbuatan yang tidak sihat.

      Ibu bapa perlulah bersabar, memberi perhatian, kasih sayang, mengawasi gerak geri anak-anak mereka, serta tahu dengan siapa anak-anak berkawan dan menunjukkan rasa simpati dan sedia membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak. Konsep ‘keluarga Bahagia’, ‘Rumahku Syurgaku’, dan ‘Masyarakat Penyanyang’ yang disarankan oleh kerajaan perlu dipraktikkan.

     Remaja sendiri perlu sedar dengan kesusahan ibu bapa mencari nafkah dan menjaga mereka sejak dari kecil lagi supaya timbulnya suasana mesra dengan ibu bapa.bagi remaja yang bercinta, berkasihlah secara waras dan tidak mudah percaya pada janji-janji manis sebarang lelaki yang selalunya ingin mengambil kesempatan daripada kelemahan diri remaja perempuan itu sahaja. Jadikanlah rumah sebagai ‘syurga’ dan ibu bapa sebagai ‘teman setia’.

No comments:

Post a Comment