Saturday, August 28, 2010

LANGKAH MENGATASI GEJALA REMAJA KAHWIN DAN LARI DARI RUMAH :

RAPATKAN JURANG ANTARA IBU BAPA DAN ANAK

     Setiap masalah mempunyai jalan penyelesaian. Begitu juga dengan masalah remaja lari dari rumah mengikut pasangan mereka. Ibu bapa seharusnya mendalami dan mengetahui psikologi remaja yang sedang meningkat dewasa. Pada peringkat umur antara 12 hingga 21 tahun remaja menjalani kehidupan yang kritikal di mana berlakunya konflik jiwa untuk menentukan arah tujuan hidup. Remaja peringkat ini memerlukan bimbingan dan perhatian serta kasih sayang daripada ahli keluarga. Ibu bapa seharusnya meluangkan lebih banyak masa berbincang secara bersemuka dengan anak-anak mereka. Remaja mahu dihormati seperti mana ibu bapa mahu disanjungi. Rapatkan jurang pergaulan dan perhubungan antara satu sama lain.

PERANAN MEDIA MASSA

Peranan media massa seperti televisyen, surat khabar, radio, majalah, dan internet memainkan peranan yang penting dalam mencegah kegiatan remaja kahwin serta lari rumah dengan mendidik serta memaparkan isu ini secara berleluasa supaya mereka dapat mengetahui dan menganggap masalah ini bukan masalah keluarga semata-mata tetapi masalah komuniti. Disamping itu, media massa juga boleh mengajar orang ramai tentang cara-cara menghindarkan remaja dari melakukan perbuatan yang tidak sihat. Menyiarkan cerita-cerita atau kisah benar tentang remaja yang menjadi mangsa dalam kes kahwin dan lari dari rumah untuk dijadikan pengajaran, panduan, pengetahuan, dan teladan kepada gadis-gadis dan orang ramai.

PERANAN KOMUNITI

Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Prinsip ini harus dipegang oleh setiap anggota komuniti. langkah-langkah yang drastik harus diambil bagi mencegah gegala remaja kahwin dan lari dari rumah oleh semua pihak baik dari pihak institusi keluarga, institusi pendidikan, kerajaan, anggota polis dan pihak swasta. Komuniti harus sedar masalah ini tidak seharusnya dibebankan kepada ibu bapa dan pihak polis sahaja. Pembangunan fizikal wajar diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian. Hidupkan semula semangat bekerjasama sesama anggota komuniti kerana arus pemodenan telah menghanyutkan kita menjadi individualistik. Jika komuniti penyanyang dapat diwujudkan sudah pasti dapat mengurangkan sedikit kadar masalah sosial dan krisis dalam institusi kekeluargaan.

No comments:

Post a Comment