Saturday, August 28, 2010

KESAN-KESAN GEJALA REMAJA KAHWIN DAN LARI DARI RUMAH

IMPLIKASI KEPADA EKONOMI  NEGARA
Dalam kes gadis kahwin lari ke Lombok ini, bukan ibu bapa sahaja yang terpaksa menanggung masalah dan risiko, malahan pihak kerajaan juga akan mendapat tempiasnya. Dengan kos pembiayaan yang agak tinggi bagi membawa pulang anak-anak mereka ke Malaysia, kebanyakkan ibu bapa tidak mampu untuk membiayainya kerana kosnya lebih kurang mencecah ke nilai RM3000,00. Oleh yang demikian, ibu bapa tersebut terpaksa meminta bantuan daripada pihak kerajaan bagi menguruskan pencarian anak mereka dan menguruskan kos pembiayaan pulang anak mereka ke Malaysia. Hal ini sedikit sebanyak telah menyebabkan Keluaran Hasil Dalam Negara (KDNK) meningkat dan akan menyebabkan keadaan ekonomi Negara terjejas.

KESAN-KESAN GEJALA REMAJA KAHWIN DAN LARI DARI RUMAH :


MENJEJASKAN HUBUNGAN SERUMPUN DAN   HUBUNGAN DUA HALA NEGARA
Mutakhir  ini, hubungan  serumpun  Malaysia-Indonesia  seringkali  diduga  dengan  isu-isu  yang  dilihat  seolah-olah  mampu  merengangkan  hubungan  diplomatik  yang  telah  terjalin antara  kedua-dua  negara  semenjak  tahun 1966. Kini, isu  remaja  lari  ke  Lombok  merupakan  isu  nasional  yang  sememangnya  menjadi  tumpuan  setiap  golongan  masyarakat. Isu  tersebut  bukan  sahaja  melibatkan  kebajikan  dan  hak  remaja  terbabit  malahan  isu  ini juga  melibatkan  kedaulatan  sesebuah  negara  dan  juga  turut  melibatkan  isu  kemanusiaan.  Tambahan  pula, selepas  remaja  tersebut  ‘hidup  berkeluarga’  di  kawasan  tersebut  (Lombok).                

LANGKAH MENGATASI GEJALA REMAJA KAHWIN DAN LARI DARI RUMAH :

RAPATKAN JURANG ANTARA IBU BAPA DAN ANAK

     Setiap masalah mempunyai jalan penyelesaian. Begitu juga dengan masalah remaja lari dari rumah mengikut pasangan mereka. Ibu bapa seharusnya mendalami dan mengetahui psikologi remaja yang sedang meningkat dewasa. Pada peringkat umur antara 12 hingga 21 tahun remaja menjalani kehidupan yang kritikal di mana berlakunya konflik jiwa untuk menentukan arah tujuan hidup. Remaja peringkat ini memerlukan bimbingan dan perhatian serta kasih sayang daripada ahli keluarga. Ibu bapa seharusnya meluangkan lebih banyak masa berbincang secara bersemuka dengan anak-anak mereka. Remaja mahu dihormati seperti mana ibu bapa mahu disanjungi. Rapatkan jurang pergaulan dan perhubungan antara satu sama lain.

PERANAN MEDIA MASSA

Peranan media massa seperti televisyen, surat khabar, radio, majalah, dan internet memainkan peranan yang penting dalam mencegah kegiatan remaja kahwin serta lari rumah dengan mendidik serta memaparkan isu ini secara berleluasa supaya mereka dapat mengetahui dan menganggap masalah ini bukan masalah keluarga semata-mata tetapi masalah komuniti. Disamping itu, media massa juga boleh mengajar orang ramai tentang cara-cara menghindarkan remaja dari melakukan perbuatan yang tidak sihat. Menyiarkan cerita-cerita atau kisah benar tentang remaja yang menjadi mangsa dalam kes kahwin dan lari dari rumah untuk dijadikan pengajaran, panduan, pengetahuan, dan teladan kepada gadis-gadis dan orang ramai.

PERANAN KOMUNITI

Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Prinsip ini harus dipegang oleh setiap anggota komuniti. langkah-langkah yang drastik harus diambil bagi mencegah gegala remaja kahwin dan lari dari rumah oleh semua pihak baik dari pihak institusi keluarga, institusi pendidikan, kerajaan, anggota polis dan pihak swasta. Komuniti harus sedar masalah ini tidak seharusnya dibebankan kepada ibu bapa dan pihak polis sahaja. Pembangunan fizikal wajar diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian. Hidupkan semula semangat bekerjasama sesama anggota komuniti kerana arus pemodenan telah menghanyutkan kita menjadi individualistik. Jika komuniti penyanyang dapat diwujudkan sudah pasti dapat mengurangkan sedikit kadar masalah sosial dan krisis dalam institusi kekeluargaan.

LANGKAH MENGATASI GEJALA REMAJA KAHWIN DAN LARI DARI RUMAH :

AKTA PERLINDUNGAN WANITA DAN GADIS 1973 (AKTA 106) :
Suatu Akta bagi meminda dan menyatukan undang-undang berhubung dengan perlindungan wanita dan gadis. Seorang perempuan yang berumur bawah 21 tahun.
TUJUAN :
Penguatkuasaan Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 (APWG) adalah bertujuan untuk memberi perlindungan kepada wanita dan gadis yang terlibat dengan kegiatan maksiat atau terdedah kepada bahaya moral.
KEBAIKKAN:
1)      Akta ini memberi jagaan dan perlindungan serta peluang untuk menjalankan pemulihan kepada wanita dan gadis yang telah terdedah kepada bahaya moral, rosak akhlak atau menjadi mangsa pelacuran.
2)      Memberi peluang kepada penjaga yang sah di sisi undang-undang untuk membuat permohonan bagi menahan seseorang perempuan yang berusia di bawah 18 tahun di tempat perlindungan atas alasan tidak dapat menjalankan kawalan yang sepatutnya ke atasnya serta terdedah kepada bahaya akhlak.
3)       Memberi peluang kepada seseorang perempuan tanpa mengira peringkat umur mendapatkan perlindungan dengan segera.

PERLAKSANAAN UNDANG-UNDANG MENGIKUT AKTA :
Jika Mahkamah Majistret berpuas hati bahawa orang perempuan itu memerlukan perlindungan mengikut Akta maka Mahkamah boleh:
1)      Memerintahkan supaya orang perempuan berkenaan ditahan di tempat perlindungan selama suatu tempoh tiga tahun dari tarikh ia ditahan untuk siasatan.
2)      Membuat suatu perintah, supaya perempuan itu diletakkan selama suatu tempoh tidak lebih daripada tiga tahun dalam peliharaan seseorang samada seorang saudara atau tidak yang bersetuju dan difikirkan layak.
3)       Membuat suatu perintah, menghendaki ibu bapa atau penjaganya mengikut suatu bon selama sesuatu tempoh tertentu tidak lebih dari tiga tahun untuk menjalankan pemeliharaan atau penjagaan yang sepatutnya.

KESIMPULAN

    Jiwa remaja yang penuh dengan kemahuan dan kekeliruan di zaman peralihan dan perkembangan remaja memerlukan perhatian yang khusus oleh ibu bapa. Para remaja perlu diberi bimbingan dan pendidikan agama yang mencukupi di peringkat awal agar nilai-nilai murni yang mendalam dapat membantu remaja mengelak daripada perbuatan yang tidak sihat.

      Ibu bapa perlulah bersabar, memberi perhatian, kasih sayang, mengawasi gerak geri anak-anak mereka, serta tahu dengan siapa anak-anak berkawan dan menunjukkan rasa simpati dan sedia membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak. Konsep ‘keluarga Bahagia’, ‘Rumahku Syurgaku’, dan ‘Masyarakat Penyanyang’ yang disarankan oleh kerajaan perlu dipraktikkan.

     Remaja sendiri perlu sedar dengan kesusahan ibu bapa mencari nafkah dan menjaga mereka sejak dari kecil lagi supaya timbulnya suasana mesra dengan ibu bapa.bagi remaja yang bercinta, berkasihlah secara waras dan tidak mudah percaya pada janji-janji manis sebarang lelaki yang selalunya ingin mengambil kesempatan daripada kelemahan diri remaja perempuan itu sahaja. Jadikanlah rumah sebagai ‘syurga’ dan ibu bapa sebagai ‘teman setia’.