Monday, August 30, 2010

PENDAHULUAN


        Pada tahap Negara kita menuju era teknolgi bermaklumat dan berikutan dengan zaman yang serba canggih ini, timbulah pelbagai masalah sosial yang melanda golongan remaja serta menimbulkan kebimbangan kepada setiap golongan komuniti di Negara kita khususnya. Satu lagi fenomena iaitu remaja perempuan lari dari rumah dan berkahwin dengan jejaka asing telah hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Malah setiap hari apabila kita menyelak di dada-dada akhbar ada sahaja cerita mengenai perempuan bawah umur yang masih bersekolah melarikan diri mengikut kekasih hati yang merupakan pendatang asing di Negara kita.

       Sindrom remaja lari dari rumah serta berkahwin dengan jejaka asing semakin hari semakin ketara dan telah menggugat aspirasi pembentukan golongan remaja yang berdedikasi serta berwawasan. Berikutan dari sindrom ini, masalah ini telah memecahbelahkan unit-unit kekeluargaan, merosakkan nilai-nilai tradisional, nilai-nilai agama dan juga hubungan serumpun antara dua NegaraPadu

remaja perempuan yang sedang meningkat dewasa  terlampau mengikut kata hati dan dorongan emosi daripada akal fikiran yang rasional. Mereka tidak pernah terfikir akan akibat dan hukuman yang akan dikenakan ke atas mereka. Isu ini telah mendapat perhatian daripada pelbagai pihak terutamanya pihak kerajaan. Daripada data yang diperoleh dari jurnal kebajikan masyarakat, yang diperolehi sepanjang tempoh kajian penyelidik berhubung dengan sindrom remaja kahwin dan lari dari rumah, remaja melayu adalah etnik yang paling ramai dilaporkan hilang berbanding dengan kumpulan etnik lain dalam tempoh 1999-2001. Seramai 1,326 remaja melayu atau 61.8% telah dilaporkan hilang, seramai 1,030 atau 61.6% mewakili remaja cina dan remaja india pula seramai 827 atau 57.6% yang terdiri daripada remaja.

KAJIAN KES



REMAJA PEREMPUAN KAHWIN DAN LARI DENGAN JEJAKA ASING




 
Kuala Lumpur, (Utusan Malaysia)
          Seorang gadis Malaysia berusia 19 tahun melarikan dari rumah dan meninggalkan pesanan berbentuk sekeping kertas untuk kahwin lari dengan seorang jejaka indonesia ke Jawa Timur. Setelah membaca pesanan anak perempuannya, Omar Mahmud (56) melaporkan kes itu ke Balai Polis Taman Melawati Selangor, bahawa anaknya Noorlaili Hafizah telah kahwin lari dengan kekasihnya Sarjo, ke Jawa Timur.   Pesanan Noorlaili kepada bapanya ialah, "Abah mulai dari hari ini Noorlaili tidak akan pulang ke rumah sebab mahu ikut abang Jo pergi ke Indonesia dan menikah di sana,". Selain itu pesanannya bertulis, "Abah kami mohon maaf atas perbuatan jahat ini. Kami sangat sedih abah, tapi saya sangat cinta dengan Abang Jo. Dia orang baik. Kalau tidak dengan cara ini, abah pasti tidak mahu saya kahwin dengan abang Jo, sebab abah tidak suka dengan orang Indonesia.  Dalam keterangan kepada media Malaysia itu, Omar menjelaskan bahawa anak perempuannya telah bercinta dengan buruh bangunan yang berasal Jawa Timur itu enam tahun lalu semasa pembangunan kondomonium yang terletak tidak jauh dari rumah mereka di kampung Setia Jaya, Taman Melawati.