Sunday, August 29, 2010

PUNCA-PUNCA REMAJA MELARIKAN DIRI DARI RUMAH :


                 FAKTOR KELUARGA

        Remaja yang lari dari rumah kebanyakkannya datang dari keluarga yang bermasalah. Remaja dari golonhgan ini biasanya ingin lari dari masalah yang timbul di rumah. Mengikut White (1989) hampir 70% daripada remaja yang melarikan diri berasa tidak gembira dengan persekitarannya dan berharap akan dapat mencari ketenangan dan kegembiraan dengan mengikut kekasih hati yang merupakan pendatang asing. Terdapat banyak masalah keluarga yang boleh menyumbang kepada remaja ini mengikut pasangannya antaranya konflik di antara ibu bapa dengan remaja disebabkan isu-isu seperti keputusan peperiksaan, pemilihan rakan, penderaan fizikal dan krisis keluarga. Krisis keluarga seperti penceraian dan masalah kewangan juga mendorong kepada sindrom remaja lari dari rumah.  

            FAKTOR INDIVIDU

         Terdapat beberapa jenis personaliti yang terdapat pada remaja yang melarikan diri daripada rumah mengikut pasangannya menurut Jones (1988). Sebilangan kecil daripada remaja ini mengalami kecelaruan emosi yang serius. Kadang kala mereka melakukan perkara yang bodoh sehingga mereka terperangkap dengan janji-janji manis pasangan. Sekumpulan remaja perempuan yang lain pula menganggap hidup mereka bosan dan meninggalkan rumah untuk mencari keseronokan bersama pasangan. Menurut Nye (1980) 20% daripada remaja yang berkelakuan baik di rumah meninggalkan rumah untuk mencari kebebasan di luar.





    iii.           
         TEKANAN DAN PSIKOLOGI

       Tekanan sering membawa kepada permasalahan dari segi perkembangan fizikal dan psikologi seseorang, terutama sekali ketika individu tersebut kekurangan strategi untuk mengawalnya. Robert (1980) menyatakan bahawa remaja yang melarikan diri biasanya pernah mengalami banyak tekanan hidup serta tidak mempunyai langkah yang efektif dalam mengawalnya. Beliau juga menyatakan bahawa remaja lari kerana tidak tahan dengan tekanan dan melihat melarikan diri sebagai satu-satunya cara menyelesaikan masalah. Kajian menunjukkan secara purata mereka mengalami 4 kali lebih tinggi tekanan hidup berbanding dengan remaja biasa. Cara mengatasi masalah yang dilaporkan oleh golongan remaja juga tidak begitu efektif dalam menghadapi tekanan. 

                       
            DIDIKAN AGAMA

      Didikan agama yang kurang dalam keluarga juga menyebabkan seseorang remaja itu lari dari rumah. Pada zaman yang serba moden ini sebahagian besar masyarakat mengabaikan pendidikan agama kepada anak-anak mereka. Ketiadaan asas dalam pendidikan agama menyebabkan mereka tiada pegangan dalam hidup. Ketiadaan pegangan ini mendorong kepada wujudnya perkara-perkara negatif dalam diri remaja itu termasuk melarikan diri dari rumah mengikut pasangan dan juga penyakit-penyakit sosial yang lain.

No comments:

Post a Comment