Sunday, August 29, 2010

KLASIFIKASI REMAJA LARI DARI RUMAH


        i.            PELARIAN JANGKA PENDEK :

        Pelarian ini terbahagi kepada 3 jenis dan mempunyai cirri-ciri yang berbeza iaitu remaja yang lari dari rumah akan melakukan perbuatan ini tanpa dijangka.perbuatan ini adalah di luar jangkaan dan secara spontan sahaja. Kebiasaanya remaja yang melakukan perbuatan jenis ini tidak mempunyai tujuan yang spesifik. Kedua remaja lari dari rumah semata-mata ingin mencari keseronokkan dan kebebasan. Tumpuan remaja ini adalah di tempat-tempat yang menyeronokkan yang jarang-jarang dapat dinikmati jika bersama keluarga. Mereka bertindak sedemikian kerana mengikut naluri remaja yang selalu ingin mencuba sesuatu yang baru. Ada juga remaja yang lari kerana mengalami masalah kejiwaan yang serius. Mereka mengalami masalah emosi iaitu ketakutan dan kebosanan yang memuncak.
      ii.          
                         PELARIAN JANGKA PANJANG :

       Terdapat dua jenis pelarian jangka panjang iaitu remaja yang lari dari rumah telah membuat perancangan terlebih dahulu. Remaja yang bertindak begini sebenarnya mempunyai matlamat untuk meninggalkan keluarga buat selama-lamanya. Remaja tersebut beranggapan tindakan mereka itu betul dan banyak memberi pengalaman yang baik. Pelarian yang kedua merupakan mereka yang lari dari rumah untuk meninggalkan rumah secara berkekalan. Remaja yang melakukan perbuatan ini akan membuat perancangan teliti dengan menyediakan tempat tinggal, pakaian, wang dan makanan secukupnya. Destinasi mereka sudah ditentukan. Apabila berjaya sampai di tempat yang di tuju, remaja akan dapat  bertahan lama di situ. Berikutan itu, tindakan ini disusuli dengan pergaulan bebas dan menyebabkan remaja leka dan tidak mahu kembali ke pangkuan keluarga.

No comments:

Post a Comment